Sedih



Sudah pasti dalam diri kita akan mengalami perasaan sedih bila berlakunya perkara yang melibatkan "memory" atau dalam bahasa melayunya ingatan. Semua ini berlaku dengan dengan tidak kita ingini dan kadang-kadang memberi kesan yang dalam pada jiwa dan hati seseorang. Antara perkara-perkara yang membuat kan kita sedih adalah bila putus cinta, bila orang yang kita sayang sakit, bila berlaku kematian, bila dimarahi ata dibuli dan banyak lagi.

Hari ini saya ingin menceritakan sedih bila orang yang kita sayang, sakit dan sakitnya tidak boleh sembuh. Kadang-kadang Allah menguji kita dengan berbagai-bagai ujian dan kesulitan supaya kita lebih tabah dan bersabar. Di situ, maka akan lahirlah rasa kasih dan cintanya kita pada orang itu. Biar sekejap mata melihat wajah orang yang tersayang yang menahan kesakitan. Ianya sudah cukup untuk membuatkan kita bersedih dan rasa sebak.

Suatu masa yang singkat untuk saya mengenali insan yang paling sayangi selain kedua ibubapa iaitu gadis yang dulunya tersenyum dan sentiasa menghiburkan hati. Tapi kini semua berubah setelah gadis yang saya cintai mempunyai sakit. Dulu semasa dia tersenyum, sayalah orang yang suka menyakiti dan mempermainkan perasaanya. kadang-kadang saya sendiri tak sedar, yang perkara itu telah melukai hatinya. Biar pun kerap kali hatinya terguris, namun dia mampu tersenyum dan mengeluarkan kata-kata yang halus dan sedap didengar. Dalam kehalusan sentuhan kata-katanya rupanya ia merahsiakan sesuatu dari saya. Rahsia itu saya ketahui bila saya memaksa dia berterus terang. Akhirnya dia menyatakan yang dia sakit. Sungguh sebak hati ini sehingga Allah sahaja yang tahu akan kebenarannya. Dan dengan kekurangan yang ada pada diri saya. Saya telah melepas kan dia pergi.Hari tu membuatkan hari-hari saya sedih selalu. Begitulah kisah sedih saya. Walaupun sebenarnya banyak lagi kisah sedih saya dan saya pasti ramai di sekeliling saya yang sedang bersedih.

p/s : Sedih adalah anugerah Allah yang tak ternilai, sedih membuat kan kita lebih kasih dan sayang. Semuanya merapat kan diri kita kepada orang tersayang. kepada teman-teman hargai orang tersayang jangan lah bersedih sekiranya orang yang kita sayangi meninggalkan kita.

Comments