Berfikir atau " Hard Thinking"




Setelah menjalani kehidupan kita seharian, sudah pasti berbagai-bagai perkara bermain difikiran kita. Dengan cara hidup kita yang sentiasa berubah dan tanggungjawab dan beban yang banyak menyebabkan kita banyak berfikir. Seperti apa yang kita ketahui, berfikir boleh menjadikan kita lebih matang dan mempunyai fikiran yang terbuka. Bersesuaianlah kita sebagai manusia yang dikurniakan Allah S.W.T akal dan fikiran. Manusia sejak dari mula dijadikan, sudah mempunyai akal fikiran dan semuanya berlaku secara berperingkat. Semua peringkat itu akan dilalui oleh manusia dari mula dalam rahim ibu hinggalah dewasa.

Berfikir membuat kita lebih yakin dengan tindakan kita bermula dari percakapan hinggalah kepada perbuatan kita. Orang yang berfikir sebelum bertindak adalah orang yang bijak. Tetapi orang yang tidak berfikir sebelum bertindak adalah orang yang rugi. Rugi pula bagi orang yang berfikir tetapi tak pernah bertindak untuk mengubah diri sendiri. Begitu juga orang yang tak berfikir serta tidak bertindak. Mereka yang berfikir sudah pasti tingkah laku dan perbuatannya dijaga. Berfikir jugak dapat memuhasabah diri supaya menjadi manusia yang berguna.

Berbeza dengan orang yang kuat berfikir. Berlebih-lebihan berfikir boleh menyebabkan stress, ini akan menyebabkan diri hilang keyakinan dan badan mula menjadi lesu. Bagi yang kuat berfikir adalah lebih baik sekiranya mereka mencari teman yang boleh di kongsi masalah. Selalunya orang yang "hard thinking" lebih sensitif dan mudah tertekan. Bagi mengelakkan masalah bergini terjadi adalah lebih baik untuk kita muhasabah diri dan sentiasa dekat kan diri pada Allah S.W.T Mudah-mudahan Allah S.W.T akan mempermudahkan kehidupan kita seharian.

p/s: kelebihan yang baik bagi kita adalah akal jadi gunalah akal dan berfikir sebelum melakukan sesuatu perbuatan, yang baik kita ambil yang tak baik buang jauh-jauh.

Comments