Kisah Kawan


Hari ini saya ingin bercerita tentang kisah seorang sahabat. Kisah bermulanya saya kenal dia ,bila saya mula dihantar untuk bertugas disebuah sekolah dan sehingga kini saya masih bertugas di sekolah tersebut. Kisahnya sahabat saya ini seorang yang bertugas sebagai pengawal keselamatan dan yang penting usianya muda setahun dari saya. Walaupun saya baru kenal tak sampai dua tahun tetapi apa yang pasti dia mempunyai kelainan yang tak ramai orang ada terutama pada muda mudi sekarang ini. Bayangkan usia muda dia berkerja sebagai pengawal keselamatan. Kadang-kadang dengan perkerjaannya itu dia mendapat cemuhan dan kata-kata sindiran daripada kawan-kawan dia.

Hari-hari telah berlalu bulan demi bulan sehinggalah cukup satu tahun saya kenal dia. Sudah banyak surat permohonan kerja dihantar dan temuduga dia dah pergi, tapi tak satu pun yang dapat. Apa yang pasti, dia mempunyai diploma dan mungkin nasib tak menyebelahinya sampai sekarang jadi pengawal keselamatan. Dugaan yang kuat diterima dalam usia muda macam ini, sifat dia yang tak memilih kerja kadang–kadang membuatkan saya terfikir sendiri." tak ramai antara kita yang sanggup jadi jaga atau pengawal keselamatan dalam usia muda macam ini".



Kisah kawan ini lagi, dia ni tak pernah bercinta , mungkin sebab muka dia yang comel dan kecik-kecik orangnya. Dia ni dulu pemalu dan merendah diri sangat sampai nak ajak keluar minum pun payah . Dia ini dah macam perempuan duduk rumah saja. Tapi sejak saya ajar dia guna laptop online internet, baru lah Nampak perubahan kat dia. Dia ni bukan tak “hansem” tapi boleh lah. Selalu jugak kawan dia kutuk dia tak ada mak we, tapi dia buat tak kisah je. Dah kutuk tak de makwe tak pelah kena hina pulak, dia orang cakap macam ni “ muka macam kau ni ada ke orang nak? kerja pun jaga je?” begitulah cerita dia dengan saya. Terasa geram jugak. Tapi saya suruh dia bersabar je. Tetapi jangan tak percaya yang dia ni pandai ambil hati perempuan dah ramai perempuan syok kat dia. Sampai dia dapat awek cun. Time tu member yang kutuk dia jelous gila. Bila di fikir-fikir balik, Allah itu adil. Dan sekarang ni saya tengok dia banyak berubah. Mungkin dah matang.

p/s: kebaikan yang boleh dia ambil kat sini adalah sikap tidak memilih kerja dan sifat sabar ,tak semua boleh sabar bila dicemuh dan tak ramai muda mudi yang nak berkerja sebagai pengawal keselamatan. Setiap orang mempunyai kehidupan dia yang tersendiri jadi janganlah kita menghina kehidupan orang lain sedangkan kesempurnaan itu hanya layak diberi oleh pencipta Kita iaitu Allah S.W.T. Jadi muhasabah diri sebelum melihat kelemahan orang lain.

Comments